Analisis

Umno dalam penafian, ini fakta yang cuba dikaburi

Ucapan Tan Sri Annuar Musa dia tak cakap ahli UMNO tinggalkan UMNO dia cakap “UMNO bukan lagi Parti Pilihan Rakyat, sejak 2013, 2 juta rakyat telah meninggalkan UMNO”

Ramai berpendapat maksud ucapan Annuar ‘rakyat’ itu adalah pengundi (bukan ahli UMNO) yang tidak lagi memilih atau mengundi Calon UMNO/BN semasa PRU-PRU yang lepas.

Jika disemak balik keputusan PRU 13 (2013)/PRU 14 (2018) dan PRU 15 yang lepas ternyata faktanya adalah :-

BN/UMNO pada pru13 menang 133 kerusi, PRU14 Menang 79 kerusi, PRU15 Menang 30 Kerusi.

Jumlah Undi yang BN/UMNO  dapat :-

PRU13 – 5,237,699 (pemilih 13,268,002)

PRU14 – 3,624,921 (pemilih 14,940,624)

PRU15 – 3,200,000+ (pemilih 21.17 juta*

Faktanya memang benarlah UMNO/BN sejak PRU13 Tahun 2013 hingga PRU 15 telah kehilangan sebanyak 2 juta sokongan dari rakyat untuk memilihnya.

Umno kini hanya diberahi oleh Anwar Ibrahim dan Dap sahaja, orang lain, bahkan pemimpin Umno sendiri secara terang-terangan atau secara senyap meninggalkan parti itu.

Yang masih bertahan hanya mereka yang berjawatan dan berharap untuk kelansungan hidup.

Apa lagi yang tinggal di dalam Umno apabila perjuangan sudah dicampak ke loji kumbahan dan suara ahli dibisukan.

Sisa-sisa ahli yang ada masih berharap para pemimpinnya insaf dan kembali ke jalan yang benar atau kembali ke rahmatullah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button