Nasional

Agong ucap Selamat Hari Wartawan Kebangsaan kepada wakil media

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan ‘Selamat Hari Wartawan Nasional’ kepada pengamal media di negara ini.

Hasrat itu dikongsikan dalam poster di laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini. Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Negara (HAWANA) sempena penerbitan akhbar Melayu edisi pertama, Utusan Melayu, pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 telah diadakan di sini mulai Sabtu lalu hingga hari ini dengan tema Media Bebas, Tunjang Demokrasi.

Sambutan itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, dengan Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sambutan itu di Pusat Konvensyen Casuarina di sini semalam. -SM

Related Articles

Baca juga : Wartawan baca khutbah solat Jumaat antara sejarah menarik HAWANA 2023

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button