Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan dalam masa lima tahun
PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees menyasarkan pembukaan 80 cawangan baharu Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun.
Semalam Gloria Jean’s Coffees meluaskan sayap rangkaiannya dengan membuka cawangan yang ke-47 di Conezion IOI Resort City Putrajaya. Pembukaan cawangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Binti Zainuddin.
Mengulas mengenai pembukaan cawangan baharu dan bantuan Hazimah menyatakan bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees.
Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi di mana jenama ini merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan seterusnya bergelar coffeepreneur.
“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees. Pernas menyediakan skim pinjaman pembiayan sehingga 70 peratus (tertakluk pada terma dan syarat) kepada bakal usahawan baharu”, katanya lagi.
Pernas setakat ini telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM13 juta. Gloria Jean’s Coffees menawarkan tiga (3) konsep francais kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart. – SM
Artikel berkaitan > Pernas buka lebih banyak peluang keusahawanan francais kepada golongan belia and wanita
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!