KUALA LUMPUR – MCA mesti menggunakan segala peluang di Tanjung Piai untuk membuktikan bahawa orang Cina sudah mula kembali kepada parti itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, sekiranya MCA gagal, maka mereka perlu memikirkan jalan kelangsungannya.
“Apalagi bila ia bertanding di saat wibawa kerajaan PH (Pakatan Harapan) berada pada tahap yang sangat rendah dan menyusut drastik,” katanya menerusi ulasan bertajuk Mengapa MCA dan bukan UMNO yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.
Mengulas lanjut kata Mohamed Khaled, setelah keputusan dibuat dengan memilih MCA, tiada lagi alasan bahawa Tanjung Piai adalah tentang kerusi tradisi atau menyelamatkan maruah dan air muka tokoh tertentu.
Sebaliknya kata beliau, ia mesti tentang kekuatan sebenar dan MCA mesti membuktikannya.