Teknologi
Penyelidik USIM raih pingat emas dan perak dalam penyertaan ITEX2023
Kesemua penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi kali ke-34 (ITEX2023) berjaya membawa pulang pingat emas dan perak.
Menerusi laman rasmi Facebook USIM, tiga pingat emas telah diberikan kepada produk CELF BIOFILM (FST), AIS BOX (FKAB), BIO CAST (FST) dan pingat Perak melalui produk ECO CALDENT (FPg).
“Lebih istimewa lagi apabila produk AIS BOX diiktiraf sebagai Best Innovation Award – For Universities & Educational Institutions.
“Manakala produk BIO CAST menerima anugerah Best Invention Award – Patent office of the cooperation council for the Arab States of the Gulf,” ujar laman rasmi Facebook USIM.