Jutaan orang Melayu akan tinggalkan UMNO
RAMAI yang terkedu dan tidak tahu hendak berkata apa, bila menyaksikan para pemimpin sosialis dan liberal berganding bahu di Pusat Dagangan Dunia KL.
Bekas pemimpin UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam hantaran ke media sosialnya berkata, jutaan orang Melayu termasuk ahli UMNO akan meninggalkan parti itu.
Hari ini dalam sejarah apabila dewan keramat UMNO yang sering menjadi medan membakar semangat pejuang Melayu hari ini sudah hilang keramatnya.
Hari ini juga mempamerkan sikap sebenar para pemimpin UMNO yang hanya menunggang perjuangan Melayu, Islam dan tanah air untuk mencapai kuasa.
Demi kuasa mereka sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan.
Perjuangan nenek moyang mereka diinjak-injak tanpa rasa segan dan silu.
Bagi para pemimpin UMNO pastinya merupakan hari yang paling bahagia, tetapi bagi orang Melayu hari ini adalah hari malang.
Mereka yang enggan menerima gagasan baharu ini dianggap pelampau.
Nampaknya anak kecil itu sudah tidak bermain api, tetapi dia sendiri membakar rumah pusaka mereka.