MPP UPSI Agih Juadah Kepada Mahasiswa, Komuniti
Sempena Hari Raya Aidil Fitri, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) dengan kerjasama Pusat Islam, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR), Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) dan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) menjayakan Program Agihan Pakej Juadah Raya Madani bertempat di Masjid AlA-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Program itu adalah inisiatif MPP UPSI untuk menyemarakkan suasana Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada mahasiswa UPSI yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman.
Pengarah Program Pakej Juadah Raya Madani, Dennis Wong berkata, terdapat mahasiswa yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman terutama sekali mahasiswa Borneo disebabkan isu tiket penerbangan yang mahal, maka kami usahakan agihan ini agar suasana itu tetap ada walaupun jauh dari pangkuan keluarga,” katanya pada program agihan Pakej Juadah Raya Madani.
Dennis berkata seramai 150 mahasiswa dan 150 selebihnya diterima oleh komuniti yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.
Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin menyifatkan program berkenaan mencerminkan sifat keprihatinan MPP terhadap mahasiswa dan komuniti.
Katanya, dari bulan Ramadan hingga Syawal , MPP menjayakan program kebajikan dan mengamalkan konsep keinsanan yang terpuji Untuk kebaikan mahasiswa, petugas barisan hadapan serta komuniti setempat. -SM