Zulin Aziz bakal bercerai dengan suami?
BAHARU 15 bulan usia perkahwinan, takkanlah dah bunyi pom pang pom pang berantakan? Ini berkahwin atas dasar apa? Cinta, kasih, sayang atau tak nak digelar andartu?
20 Februari tahun lepas adalah tarikh pelakon dan pengacara, Zulin Aziz diijab kabulkan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 36.
Hari ini, timbul tanda tanya apabila kisah dalam kelambu dimuat naik di media sosial Instragram supaya satu donia boleh tahu, rumah tangga yang dibina sedang mengalami goyang-goyang Inul Darastasia.
Tak kan kot Zulin dan suaminya itu nak bercerai? Bukanlah nak bergossip di hujung-hujung bulan Ramadan ini tetapi gambaran yang diberi dalam IG Zulin ala-ala menceritakan keadaan rumah tangganya yang berantakan.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.
“Mungkin sampai di sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang Insya-Allah, masa merawat semuanya.
“Terima kasih untuk semuanya, jaga diri,” tulis Zulin di IGnya.
Zulin juga memadam kesemua gambar dia bersama suaminya itu di laman Instagramnya.
Rata-rata pengikut Zulin terkejut dengan hantaran yang dibuat oleh artis berkenaan namun ada juga yang meninggalkan komen mengharapkan perkara itu tidak benar serta mendoakan yang baik-baik buat Zulin.
Bernikah di Majid Negara pada 20 Februari tahun lepas, pernikahan mereka berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI) kerana Covid-19. – SM
ARTIKLE BERKAITAN :>
Zulin Aziz berang netizen sering kaitkannya dengan individu ‘scammer’