Agama

Justin Bieber dan Hailey dikecam teruk selepas memperlekehkkan ibadah puasa

PASANGAN Hollywood Justin Bieber dan Hailey Bieber teruk dikecam oleh warganet apabila mereka memperlekehkan tentang ibadah puasa yang sedang dilalui oleh umat islam di bulan Ramadhan.

Menerusi video yang sedang tular di media sosial, Justin dan Hailey membincangkan tentang isu berpuasa malah bagi mereka, puasa adalah tidak masuk akal.

Penyanyi itu berkata, dia tidak pernah berpuasa kerana merasakan dia perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk tidak makan dan minum seharian.

“Saya perlu fikirkan terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya.

“Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul,” katanya
Dalam masa yang sama isterinya yang merupakan seorang model, menyelar amalan berpuasa tidak makan di siang hari adalah tidak patut.

Bagi dirinya, dia percaya banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton, televisyen atau berhenti bermain telefon.

Justin Bieber dan Hailey dikecal oleh warganet kerana persendakan umat islam berpuasa di bulan Ramadhan

“Tapi kalau berpuasa gula-gula atau minuman bergula itu mungkin sesuai untuk saya,” Ujar model itu.

Namun rata-rata warganet tidak bersetuju dengan apa yang di perkatakan oleh pasangan ini, dan seharusnya mereka harus menghormati agama lain juga.
Lain agama lain cara ibadah-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button