Nasional

Cadangan MRSM berbayar bagi yang berkemampuan tidak libatkan peruntukan Kerajaan

Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada Kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat, pelbagai inisiatif telah dibincangkan dan sedang diperhalusi buat masa ini.

“Antaranya dengan menggunakan pembiayaan swasta (PFI), bekerjasama dengan institusi kewangan dan strategi smart partnership bagi membiayai aspek pembinaan dan pengoperasian.

“Tambahan itu, bayaran yang akan diterima nanti juga dijangka dapat menampung belanja pengoperasian,” katanya dalam satu jawapan bertulis dalam Parlimen.

Untuk melaksanakannya, Zahid berpendapat feasibility study atau kajian kebolehlaksanaan secara menyeluruh bersama pemegang taruh akan terus dilakukan.

“Apa yang pasti, MRSM Berbayar ini tidak akan mengubah sebarang syarat atau dasar sedia ada ke atas pengambilan pelajar terutamanya golongan B40 serta tidak menjejaskan kualiti pendidikan di MRSM.

“Malah banyak permintaan daripada alumni MRSM, yang telah jadi ibu bapa dan mahu anak-anak mereka yang layak dari segi akademik untuk ke MRSM tapi sebab berada di luar syarat ‘bracket’ pendapatan tidak membolehkan anak mereka ke MRSM,” katanya.

Oleh demikian tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya kepada anak alumni untuk memasuki MRSM yang sedia ada, dan apatah lagi berkemampuan membawa anak-anak mereka untuk memasuki MRSM yang akan diwujudkan secara berbayar ini.

“Cadangan MRSM berbayar ini timbul apabila terdapat permintaan tinggi ke atas akses pendidikan berkualiti yang dilaksanakan oleh Kerajaan, ” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button