Nasional

Lotus’s Malaysia sertai Inisiatif Payung RAHMAH bantu kurangkan kos sara hidup

INISIATIF Payung RAHMAH Lotus’s merupakan tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kewujudan program ini adalah sebagai Langkah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Sempena kempen RamRaya Sama-Sama Berseri, Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s telah selamat disempurnakan pelancarannya oleh Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pada majlis pelancaran, Salahuddin berkata, sokongan yang diperoleh daripada Lotus Malaysia sebagai rakan strategik adalah satu petanda kejayaan yang berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof dan Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.

Sementara itu, Kenneth berkata, ramai yang merasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya golongan B10 dan B40.

“Sehubungan itu, kita berharap dengan pengenalan Inisiatif Jualan RAHMAH ini, dapatlah membantu meringankan beban pelanggan dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 10,000 produk apabila mereka membeli-belah di semua cawangan Lotus dan pada platform Lotus’s Shop Online kami”, kata Kenneth.

Beliau dalam satu kenyataannya juga berkata, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH.

“Pada masa yang sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan selera Lotus.

“Melalui program komuniti #KitakanJiran Lotus’s, syarikat peruncitan akan menyumbang 1,200 Bakul RAHMAH yang bakal memberi impak kepada 8,000 individu yang memerlukan di 200 rumah kebajikan dengan akses kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, roti dan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sepanjang tahun.

“Semangat #KitakanJiran mendorong kami di Lotus’s untuk membantu lebih banyak komuniti di sekeliling,” ujar beliau.

Lotu’s juga, tambah Kenneth, mempunyai program berterusan dengan rakan amal, Kechara Soup Kitchen yang dinamakan Sama-Sama Hidup Baru.

Jelas beliau, menerusi Sama-Sama Hidup Baru, disediakan makanan, kit kebersihan, sesi gunting rambut percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin bandar di stor Lotu’s.

“Pelanggan juga dialu-alukan untuk menyumbang dengan menderma 390 mata My Lotus’s melalui aplikasi Lotus’s Malaysia,” katanya.

Umpama serampang dua mata, menjelang ketibaan bulan Ramadan, sukarelawan #KitakanJiran akan menyediakan dan mengagihkan 2,000 hidangan Berbuka Puasa kepada komuniti yang memerlukan di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah”, kata Kenneth.

“Kita juga sudah merangkap program sumbangan makanan secara harian dari 65 cawangan Lotus’s di seluruh negara,” katanya.

Untuk rekod, sehingga Disember 2022, Lotus’s Malaysia telah menyumbang lebih daripada 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.

Dari 9 Mac – 10 Mei 2023 ini nanti, kempen Sama-Sama Berseri RamRaya Lotus’s menawarkan para pelanggan diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dan penjimatan dengan baucar diskaun yang disediakan dalam bentuk cetakan dan e-katalognya.

Turut dipromosikan adalah rekaan pakaian Hari Raya yang seperti set baju kurung (RM49.90), set Baju Melayu (RM69.90), Kurta (RM39.90) dan set Bayi (RM22.90). – SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button