Hiburan

Drama ‘Cyber999’ didik jangan jadi mangsa jenayah siber

Drama bersiri bertajuk ‘Cyber999’, diilhamkan dari buku kisah benar, 26 insiden berkaitan keselamatan akan didedahkan, akan ditayangkan di RTM, TV1.

Objektif drama ini untuk mendidik masyarakat selain mewujudkan persekitaran cyber yang selamat sejajar matlamat membina komuniti Malaysia Madani.

Drama terbitan sebuah syarikat swasta itu dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil sempena sambutan hari keselamatan internet 2023 edisi Malaysia.

Menurutnya program seperti ini mampu memberikan kesedaran tentang jenayah siber yang sering dihadapi oleh masyarakat kini.

“Harapan saya dengan drama ini yang bakal ditayangkan dan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan siber” luahnya semasa majlis pelancaran drama tersebut.

Pada masa sama, dapat memupuk nilai-nilai etika, integriti dan sikap kebertanggungjawaban dalam menggunakan teknologi dan internet.

Malah memaparkan pelbagai modus operandi jenayah siber, drama ini dijangka mampu memberi kesedaran kepada penonton daripada terpedaya dan terus menjadi mangsa siber.

Cyber999 akan ditayangkan pada pukul 12.30 tengah hari setiap Sabtu dan Ahad, bermula 4 Mac hingga 28 Mei 2023.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button