Sukan

Pelayar solo termuda berusia 12 tahun penuhi impian rentas laut Kuala Perlis – Langkawi

Muhammad Zahir Naiman Ismail, 12, atau lebih dikenali “Mat X” akhirnya merealisasikan impiannya sekaligus mencatatkan sebagai pelayar solo termuda di negara ini.

Tepat pukul 8.30 pagi ini, Mat X yang menggunakan bot Optimist berlepas dari jeti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Kuala Perlis.

Mat X yang kelihatan tenang ini dilepaskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis, Anuar Abidin dan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Sebelum itu Mat X diberi kata-kata semangat dan peluk cium oleh ayahnya Ismail Taib, 47, dan ibu Nazila Rahim, 41.

Pelayaran Mat X yang sejauh 21 batu nautika ini mengambil masa selama lapan jam dan berakhir di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Dayang Bay, Langkawi.

Pelajar Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu (SKSM) Langkawi ini rupanya menyimpan hasratnya untuk menjadi pelayar solo sejak berusia lapan tahun lagi.

“Apabila pertama kali disuarakan memang sukar untuk diterima kerana dengan usia kecil itu pastinya sukar untuk belayar di lautan luas,” kata ibunya.

Mat X meredah lautan dari Kuala Perlis-Langkawi sejauh 21 batu nautika.

Apapun kata ibunya, Mat X yang tidak pernah melupakan impiannya itu menjadi lebih semangat apabila berpeluang bertemu buat pertama kali dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed pada tahun 2020 di Lapangan Terbang Langkawi.

Kedua ibu dan bapa hadir memberi semangat kepada Mat X melakukan pelayaran solo dari Kuala Perlis ke Langkawi.

“Lama juga Mat X pendam di hati kata-kata Tun M yang menyebut kalau hendak menjadi pelayar, jadilah bertaraf dunia bukan bertaraf jaguh kampung saja,” katanya.

Sekalipun Tun M tidak hadir hari ini tetapi Mat X tetap membawa kata-kata perangsang idolanya bagi mengapai impiannya sudah menjadi kenyataan hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button