Nasional

Subsidi RM1.28 bilion bagi telur dan ayam diteruskan hingga Jun 2023

Kerajaan akan terus menyediakan subsidi bagi telur dan ayam sehingga Jun 2023 dan untuk perkara ini, ia melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

Perkara itu diputuskan Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 17 Februari 2023 sebagai respon segera kepada pengguna.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah itu diambil demi memastikan bekalan telur dan ayam dalam negara kekal stabil.

Untuk ke arah itu, kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat.

“KPKM sentiasa memantau keperluan bekalan telur dan ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur dalam negara stabil seperti sediakala.

“KPKM juga ingin memaklumkan bahawa inisiatif membawa masuk telur dari sumber luar adalah merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur dalam negara kekal stabil dan tidak terputus,” kata KPKM.

KPKM berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjelaskan keperluan untuk membawa masuk telur dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur kembali stabil.

KPKM akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan dan dalam masa yang sama dapat memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button