NasionalParlimen

RM700 untuk penjawat awam sambut Aidilfitri – Anwar Ibrahim

SEMPENA sambutan Aidilfitri nanti, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, peruntukan sebanyak RM700 disalurkan kepada semua penjawat awam.

Ini untuk golongan Gred56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 disalurkan kepada pesara kerajaan, kata Anwar yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian di akhir pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, petang ini.

Pengumuman Anwar itu adalah yang dinanti-nantikan oleh seluruh penjawat awam termasuk para pesara.

Pembentangan Belanjawan 2023 selama dua jam setengah berakhir sebentar tadi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button