JenayahNasional

Pengguna TikTok dakwa SPRM tawar RM10 juta ditahan

PENGGUNA TikTok, Mohamad Shafiq Abdul Halim yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini, ditahan agensi itu semalam.

FMT melaporkan, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dengan menyatakan Shafiq ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.

“Dia datang ke pejabat setelah dapat arahan kita dan kemudian ditangkap di pejabat SPRM (Putrajaya) semalam, jam 3.30 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Shafiq dalam kenyataan di Facebook berkata, dakwaan tawaran RM10 juta hanyalah berdasarkan khabar angin semasa di mahkamah bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai Muhyiddin.

Wan Saiful tidak lagi menjadi ketua penerangan berkuat kuasa semalam selepas peletakan jawatannya diterima Muhyiddin selaku presiden Bersatu. – SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button