Hiburan

Produk kecantikan Presiden Seniman Zed Zaidi: Serampang dua mata?

KALAU tak sambil menyelam, sambil minum air bukanlah suatu yang menimbulkan persoalan apabila Presiden Seniman, Zed Zaidi mengeluarkan produk kecantikan atas alasan untuk membantu persatuan.
Menurut Zed, beliau tidak pernah berputus asa ikhtiar mencari jalan khususnya mencari dana untuk membantu anak seni.


Justeru apabila beliau zahirkan produk kecantikan, sekurang-kurangnya ia dapat merancakkan pendapatan walaupun tidak diberikan pencerahan, bagaimanakah pembahagian keuntungan yang diperoleh hasil daripada jualan produk kecantikan itu nanti – masuk ke tabung Seniman dan berapa untuk Zed sendiri.

Menjalin Kerjasama di antara Persatuan Seniman dan ZS Cahaya Sdn. Bhd., ‘MADERMS Skincare’ merupakan keluaran eksklusif mereka.

Menurut Zed, ZS Cahaya Sdn. Bhd dan Persatuan Seniman berkolaborasi seperti berkongsi idea baharu untuk mempromosikan jenama kecantikan tersebut supaya ia lebih berkesan, berkualiti tinggi selamat dan lebih menjimatkan.

“Jalinan ini khususnya produk yang dihasilkan sesuai mengikut kehendak segenap lapisan masyarakat, “ katanya.

Selain daripada membantu pengguna untuk tampil lebih cantik, kata Zed, produk ini juga untuk membantu persatuan yang mana hasil keuntungan yang diperoleh akan disumbangkan semula ke tabung Seniman.

“Sebagai Presiden Seniman, saya harus memikirkan satu strategi terbaik untuk mencari dana dan ini adalah satu-satunya usaha yang dilakukan.

“Timbul idea untuk membuat produk kecantikan kerana saya selalu tampil dalam TikTok. Jadi para peminat seringkali bertanyakan tip rahsia penjagaan kulit wajah,” ujarnya.

Kata Zed lagi, selepas setahun beliau dan ZS Cahaya bekerjsama, mereka berjaya memperoleh formula terbaik untuk melahirkan Maderm Skincare.

“Untuk itu kami memberi peluang kepada pemasaran dalam talian TikTok membantu perkembagan barangan tempatan,” jelasnya semasa majlis pelancaran produk kecantikan Maderms.
Untuk dapatkan produk kecantikan ini boleh terus ke media sosial TikTok @maderms. atau  terus ke https://maderms-skincare.com/ – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button