Nasional

Mayat terapung di tasik disyaki mangsa pembunuhan

POLIS mengklasifikasikan penemuan mayat lelaki terapung di sebuah tasik di belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam sebagai kes pembunuhan.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata polis menerima laporan pada 10.15 malam daripada seorang individu yang melaporkan ternampak mayat terapung di tasik berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang bersama pasukan forensik pergi ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki di dalam tasik berkenaan.

Wan Kamarul berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dipanggil untuk mengambil mayat dari tasik.

“Tinjauan di sekitar kawasan tanah lapang seluas lima ekar di sekeliling menemui sebuah Hilux hitam terjunam ke dalam tasik,” katanya.

Beliau berkata, saksi yang pergi memeriksa kenderaan itu menemui objek menyerupai mayat manusia yang lengkap berpakaian terapung di tasik kira-kira tiga meter dari situ.

Wan Kamarul berkata kawasan tasik yang tidak berpagar itu, boleh dimasuki secara bebas dan menjadi tempat kegemaran kaki pancing.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button