NasionalNegeriTravel

SOP untuk pelancong dari China masuk Sabah dimuktamadkan esok

“KAMI akan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri negeri esok untuk membincangkan isu SOP untuk kemasukan pelancong dari China ke Sabah. Sebelum itu, saya tidak boleh ulas lanjut,” kata Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Sabah sangat bergantung kepada pelancong China yang membentuk hampir separuh daripada ketibaan kelompok ini antara 2017 dan 2019.

Negeri di bawah bayu itu menjangkakan lonjakan kemasukan pelancong China di mana kes Covid-19 telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada 30 Disember tahun lepas, jurucakap Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata, pelancong dari China perlu menunjukkan keputusan negatif bagi ujian Covid-19 yang diambil dalam tempoh 48 jam sebelum melakukan perjalanan ke negeri itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditarik balik beberapa jam kemudian kerana arahan itu masih belum disahkan oleh Jemaah Menteri Sabah.

Sementara itu, Hajiji berkata, Jemaah Menteri negeri juga akan membincangkan cadangan supaya Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa rasmi di Sabah bersama-sama Bahasa Malaysia.

Semalam, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee berkata, Sabah harus mencontohi Sarawak dalam menerima pakai penggunaan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa rasmi di Sabah.

Hajiji juga berkata, Jemaah Menteri negeri akan membincangkan cadangan melombong dan mengorek pasir laut kira-kira 55km dari Kota Kinabalu.

Bawah cadangan membabitkan Handal Energy Bhd dan Tanjung Aru Eco Development (TAED) Sdn Bhd, pasir itu akan digunakan untuk menebus sebahagian besar kawasan pinggir laut Tanjung Aru. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button