Berita
Tiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik akibat banjir
KELANTAN : Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak.
Menurut Berita Harian, salah seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena dua beradik yang turut berada di hadapan rumah.
Kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian, kira-kira pukul 11.45 pagi.
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, Ketika ditemui mengesahkan kejadian tersebut.