Nasionalpilihan

Selepas 40 tahun, KPFMB terus mencipta ekonomi masyarakat luar bandar

WALAUPUN dengan ramalan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023, sector koperasi diyakini mampu berperanan meringankan beban rakyat Malaysia di luar bandar khusunya dari kalangan B40.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa KKDW kini memfokuskan pada penyelesaian isu kesenjangan ekonomi luar bandar melalui penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat desa.

Beliau turut menyatakan pencapaian unggul koperasi luar bandar seperti Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) yang berjaya berkembang serta mencipta lebih kejayaan dengan menceburi pelbagai bidang seperti perladangan, hartanah, pembangunan dan peruncitan merupakan contoh kejayaan ‘From Zero to Hero’. Terkini, modal syer KPFMB adalah berjumlah RM11.5juta dengan jumlah keanggotaan mencecah hampir 51 ribu ahli.

Tambah beliau, Kerajaan Perpaduan meyakini sektor koperasi di Malaysia mampu bersaing serta menembusi pasaran di peringkat serantaudan antarabangsa. Aktiviti komersil sector koperasi negara mempunyai potensi besar diperluaskan lagi ke peringkat serantau dan global, khususnya ke negara-negara ASEAN.

Manakala menurut Pengerusi KPFMB Datuk Sabari Misran pula, koperasi perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baharu dan bergerak seiring dengan perkembangan terkini agar sentiasa relevan dalam dunia perniagaan komersil semasa.

Malah menurut Sabari, adalah wajar untuk koperasi melakukan penjenamaan semula dari masa ke masa agar sentiasa diterima oleh masyarakat dan menyuntik semangat serta nafas baharu dalam perniagaan dan strategi pemasaran supaya ahli sentiasa teruja lantas menyokong usaha-usaha yang dirancang oleh pihak pengurusan koperasi.

Zahid juga turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasana (MoU) yang dimeterai di antara KPFMB dan PKPP Agro Sdn. Bhd. Bagi pelaksanaan kontrak tapak semaian kelapa sawit di Mukim Lepar, Pahang.

Zahid berucap di Majlis Sambutan 40 Tahun serta Mesyuarat Agung Perwakilan KPFMB tahunan kali ke-40bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur malam tadi. Hadir sama ialah Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan bin Harun, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan Jaafar bin Ahmad, Pengerusi FELCRA berhadDatuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KDDW Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW Mas Rizal bin Mohd Hilmi.

Artikel berkaitan > Zahid mulakan tugas sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button