Politik

Pengundi Larut suka Hamzah Zainuddin, tidak timbul soal lompat parti

TIDAK timbul soal melangkah ke seberang parti yang sebelum ini dipandang sebagai parti lawan namun para pengundi khususnya penduduk yang tinggal di Larut mahu Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal sebagai Wakil Rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Rekod Hamzah berkhidmat selama tiga penggal sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut.

DATUK SERI Hamzah Zainuddin duduk sebaris dengan kepimpinan tinggi Perikatan Nasional (PN) pada Majlis Pelancoaran Tawaran PN BEST di Glenmarie, malam tadi.

Beliau keluar dari UMNO ke parti Bersatu selepas gabungan itu jatuh di peringkat pusat. Bagaimanapun tindakan itu tidak sesekali “mencacatkan” bakti Hamzah Zainudin terhadap penduduk tempatan.

Hamzah disenangi penduduk di Larut kerana dalam kesibukannya, beliau masih ada ruang dan masa menyantuni segenap lapisan masyarakat dan sering turun pandang mendengar keluh-kesah penduduk.

Kebijaksanaan pengundi di Parlimen Larut ialah mereka memilih pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa.

Oleh itu, tidak timbul isu Hamzah lompat parti asalkan demi kebaikan rakyat, beliau tetap nombor satu di hati pengundi.

Penduduk di Selama mahu Hamzah bangunkan pekan itu yang kedudukannya di sempadan Kedah supaya Selama setanding dengan daerah-daerah lain di negeri Perak.

Geografi Selama ini terpencil, duduk di hujung Perak maka ramai yang tidak tahu tempat ini. Jadi Hamzah perlu naik prasarana dan infrastruktur di Selama supaya mata orang luar tahu wujudnya daerah Selama.

Pada PRU14 lalu, Hamzah menang kerusi Larut atas tiket BN selepas mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dan calon PKR Khairil Anuar dengan majoriti 4,486 undi.

Kemudian, bekas menteri dalam negeri itu keluar UMNO dan menyertai Bersatu pada tahun 2019.

Pada PRU kali ini, Hamzah yang juga Setiausaha Agung parti Bersatu berdepan saingan empat penjuru dengan pencabar terkuatnya dijangka dari calon muda BN berusia 37 tahun, Shafiq Fhadly Mahmud. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button