Politik

Ismail Sabri calon BN paling popular

Barisan Nasional (BN) dijangka terus menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Ini berdasarkan kajian Merdeka Centre Ismail Sabri merupakan pemimpin paling popular dalam kalangan BN dengan sokongan 46 peratus.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya memperolehi 13 peratus sokongan.

Ini meletakkan Ismail Sabri sebagai calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau turut menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperolehi 33 peratus.

Kajian Merdeka Centre itu dibuat selepas Parlimen dibubar September tempoh hari.

Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) muncul calon paling popular.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button