Riyadh kembali kepada asal-usul, Halloween bukan bidaah dan cuma festival tentang hantu!
Warga Riyadh di Arab Saudi menzahirkan rasa teruja apabila terus dapat meraikan Halloween, sebuah festival yang meraikan atau memberi makan kepada roh-roh yang kononnya berkeliaran.
Menerusi ruangan Twitter, pemuda dan pemudi di Riyadh tanpa segan silu mengenakan topeng hantu, iblis dan syaitan dalam keadaan yang mengerikan selari dengan dasar Halloween.
Dasar Halloween adalah roh-roh yang kononnya berkeliaran adalah sejenis roh yang semasa hidupnya ‘tidak baik’ dan sukar untuk teruskan perjalanan ke alam seterusnya.
Selain itu, peminat fanatik Halloween menegaskan festival ini adalah untuk meraikan roh-roh yang dibenarkan keluar daripada pintu neraka dan beristirehat di dunia buat sementara.
Maka jika menggunakan akal, apakah logik bagi pemuda dan pemudi Islam di Riyadh menyambut Halloween walaupun atas alasan kononnya festival dunia?