Croffle: makanan dari Korea mula curi perhatian peminat makanan
“CROFFLE” satu lagi makanan dari Korea yang kini semakin mencuri perhatian di kalangan peminat makanan di Malaysia. Sebenarnya croffle agak lambat popular di negara ini berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Jika sesiapa yang masih tidak tahu apa itu croffle, ia sebenarnya adalah gabungan antara croissant dan waffle.
Sebenarny croffle adalah berasaskan dari doh croissant iaitu pastri yang dimasak dengan menggunakan acuan waffle.
Sebelum dibakar, ia ditabur dengan gula di mana ini membuatkan bahagian luar akan memberikan rasa ranggup dan didalamnya tekstur yang lembut.
Tambahan perisa untuk croffle sama dengan waffle seperti coklat, jem, buah-buahan dan juga ais kerim.
Setakat ini croffle mudah didapati di kafe di bandar-bandar besar termasuk kedai runcit serbaneka seperti 7-Eleven.
Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis “topping” yang diletakkan yang biasanya diletakkan mengikut cita rasa peminat croffle.
Bagi yang pertama kali mencuba croffle ini dilihat berkongsi keenakan mencuba makanan ini di laman sosial masing-masing.
Ada peminat croffle berkongsi cara membuat makanan ini di grup masakan di Facebook (FB).
Antaranya Nasiha Ismail, 33 dari Manjung, Perak mengakui tertarik untuk membuat croffle yang dilihatnya semakin viral di laman sosial.
“Anak yang hendak sangat saya mencuba dan ternyata mereka sangat menyukainya setelah dijadikan sebagai bekal ke sekolah,” kata suri rumah ini ketika dihubungi Suara Merdeka.
Nasiha berkata, sebenarnya lebih mudah membuat croffle berbanding dengan waffle.
Beliau hanya mengguna kepingan pastri segera yang dibentukkan sebagai croissant dan kemudian dibakar dengan acuan waffle.
Ternyata perkongsiannya di FB menarik ramai peminat masakan untuk menghasilkan croffle dengan lebih mudah dan mengambil masa membuatnya hanya antara lima hingga tujuh minit sahaja. – SM