Politik

PRU15 diramalkan pertempuan sengit BN-PN-PH

MALAYSIA berada di ambang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa sahaja. Pilihan raya kali ini akan memperlihatkan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). Mereka semua sama-sama mempunyai kekuatan masing-masing dan kelemahan.

Apabila kali pertama PH menang PRU14 pada Mei 2018 dan memerintah selama 22 bulan di bawah kepimpinan bekas Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad, trak rekod pemerintahan tersebut menjadi satu liabiliti besar kepada Pakatan Harapan.

Rakyat jadi hilang kepercayaan kepada nilai-nilai politik PH yang sering kelihatan menipu rakyat dengan pelbagai janji pilihan raya yang tidak ditepati.

APPROVAL RATING PRIME MINISTER BY MERDEKA CENTRE

Approval Rating Prime Minister ataupun Rating Penerimaan (populariti) Perdana Menteri di antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Merdeka Centre mengundang perdebatan di Media Sosial diantara bekas KSUS PM TSMY, Datuk Dr. Marzuki dengan Setiausaha Politik DSIS, Datuk Syed Fazmi.

Agak menarik membaca kedua-dua kenyataan mereka.

Dr. Marzuki menghebahkan bahawa ketika bekas PM TS Muhyiddin Yassin menjawat jawatan PM, purata approval rating berada di paras 67%.

Manakala purata approval rating PM DS Ismail Sabri berada diparas 45%.

Sudah pasti Syed Fazmi mempertahankan PM beliau dan menuduh Mori Poll Merdeka Centre tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana sampling yang diambil hanya sekitar 3,000 orang daripada jumlah penduduk 32 juta.

Walau bagaimana pun, saya amat memahami hujah-hujah dari Dr. Marzuki yang saya kenali sebagai seorang yang amat articulate, detail dan teliti, di dalam memperkatakan sesuatu isu negara.

Pasukan Perdana Menteri perlu berlapang dada dan mengambil teguran-teguran ini sebagai sesuatu yang boleh diperbaiki dimasa hadapan.

Apa yang paling jelas, appoval rating TS Muhyiddin Yassin amat tinggi kerana setelah beliau mengambil alih dari Tun Mahathir, harapan rakyat amat besar kepada Tan Sri Muhyiddin ketika negara berhadapan dengan Pandemik Covid.

Rakyat meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang amat tinggi kepada TS Muhyiddin.

Manakala ketika PM DS Ismail Sabri mengambil alih, Ismail Sabri berhadapan dengan beberapa isu utama iaitu:

(i). Berhadapan dengan kemarahan rakyat terhadap parti UMNO yang menjatuhkan TS Muhyiddin sebagai PM apabila 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

(ii). PM Ismail Sabri juga berhadapan dengan kritikan dan serangan bertali-arus setiap malam bukan dari kalangan pemimpin parti pembangkang tetapi dari pemimpin UMNO sendiri terutama dari Nur Jazlan, Puad Zarkashi, Isham Jalil dan Lokman Adam.

Ini sedikit sebanyak menjatuhkan approval rating PM Ismail Sabri serta menghilangkan keyakinan rakyat terhadap PM.

(iii). Ketiga, Pasukan Media Perdana Menteri yang lemah, tidak membantu approval rating PM Ismail Sabri.

Walaupun PM mengumumkan subsidi terbesar negara berjumlah RM77 bilion dengan subsidi petrol RON95 dan diesel terbesar iaitu berjumlah RM31 bilion bagi memastikan Kos Pengangkutan dan Logistik kekal berada diparas yang rendah, agar harga barang, harga perkhidmatan dan lain-lain tidak melambung naik tinggi.

Perkara-perkara seumpama ini kurang dihebahkan oleh Pasukan Media Perdana Menteri dan PM tidak mendapat publisiti yang menyeluruh dari Media Perdana mahupun Media Sosial.

Cuba bandingkan dengan Republik Indonesia harga petrol sudah melambung tinggi, berada di paras RM400 lebih seliter iaitu dua kali ganda dari harga biasa. Hampir dua kali ganda dari Malaysia.

Presiden Jokowi kini berhadapan dengan demostrasi jalanan daripada rakyat yang membantah kenaikkan harga petrol dan diesel ini.

Rakyat Indonesia di Jakarta hari ini mempersoalkan Presiden Jokowi kenapa tidak mengikut langkah-langkah yang diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri.

Dulu rakyat Indonesia dan Malaysia asyik memuji kehebatan Presiden Jokowi.

Tetapi hari ini, rakyat Indonesia pula memuji langkah PM Ismail Sabri sebagai satu langkah yang tepat bagi membantu rakyat dalam kesusahan.

Persoalannya, di manakah pasukan media Perdana Menteri Malaysia dalam isu ini?

APPROVAL RATING PM ISMAIL SABRI DI PARLIMEN

Sekiranya dilihat Approval Rating PM Ismail Sabri di Parlimen, adalah amat berbeza.

Transformasi Parlimen dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti sebagai contoh, mendapat sokongan 209 Ahli Parlimen tidak bersetuju 0 dan tidak hadir 11.

Ini jelas memperlihatkan sokongan dari kedua-dua belah pihak di Dewan Rakyat. Ahli-Ahli Parlimen dari sebelah Kerajaan dan Pembangkang.

Amat berbeza dengan zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri di mana pada bulan Ogos 2021, Ahli-Ahli Dewan Rakyat ada yang menarik sokongan menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri.

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN UNTUK PRU15

Perkara yang amat penting yang semua orang mahu tahu parti politik yang mana satu berada dihadapan sekiranya PRU diadakan November 2022 ini.

Mengikut Mori Poll yang diperolehi kedudukan parti-parti yang akan bertanding pada PRU15 adalah seperti berikut (sehingga hari ini).

Kedudukan berubah-ubah.

MORI POLL – VOTING INTENTION IN A GENERAL ELECTION IN MALAYSIA FOR NOVEMBER 2022

Kebolehan untuk menang (winnable seats) adalah seperti berikut:

Jumlah kerusi Parlimen =   222.

Jumlah kerusi Semenanjung = 166.

Jumlah kerusi Sabah & Sarawak =  56.

UMNO dijangka menang =  60.

Perikatan Nasional  =  31.

Pakatan Harapan  =  45.

Kerusi Kelabu (Gray seats)  =  30.

Marginal seats =  27.

Penganalisa politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan berkata, adalah amat sukar untuk melihat pertembungan satu lawan satu, di kerusi-kerusi Parlimen yang dipanggil sebagai “kerusi marginal.”

Azmi kata, parti Gerakan Tanah Air dan Warisan juga akan bertanding di kerusi-kerusi ini dengan harapan untuk mendapatkan undi orang-orang Melayu.

Rafizi pada minggu lalu kata, PH mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan 30% undi Melayu di kerusi-kerusi majoriti orang Melayu.

Rafizi juga menjangkakan PH akan beroleh lebih daripada 80% daripada undi bukan Melayu, sekiranya turn-out (peratus keluar mengundi) berada lebih daripada paras 75%.

Buat masa ini, 20 kerusi Parlimen daripada 27 kerusi marginal tersebut dimiliki oleh parti PKR.

Walau bagaimana pun Azmi kata, adalah amat sukar untuk PH dan PKR untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu Pro-UMNO di kawasan marginal tersebut kali ini kerana mereka amat tidak gembira dengan trak rekod PH ketika mereka memerintah 22 bulan.

Dan jumlah pengundi yang akan keluar, dijangka rendah seperti yang berlaku di PRN Melaka dan Johor, ujar Azmi.

Yang hampir pasti, Pilihanraya Umum ke15 ini akan memperlihatkan satu pertembungan yang sengit diantara Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

MASA DEPAN ORANG-ORANG MELAYU BERADA DI PERSIMPANGAN JALAN. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button