Ekonomipilihan

Saham Asia cecah paras terendah, dolar AS melonjak ke paras tertinggi!

SYDNEY: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh dua dekad dan saham Asia mencecah paras terendah dalam dua tahun dengan jangkaan prospek kadar faedah AS akan terus dinaikkan lebih pantas telah menakutkan pelabur.

Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar penanda aras sebanyak 75 mata asas atau 0.75 peratus, kenaikan sama kali ketiga berturut-turut, dengan pegawai bank pusat mengunjurkan kadar faedah akan mencecah 4.4 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebelum mesyuarat dan 100 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran Fed tiga bulan lalu.

Dolar AS melonjak, bon jangka pendek dijual besar-besaran dan Wall Street menjunam semalaman, dengan pergerakan itu merebak ke sesi dagangan di Asia.

Mata wang euro menjunam ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun pada AS$0.9807 di tengah-tengah kebimbangan perang semakin memuncak di Ukraine selepas Russia menggerakkan pasukan simpanan buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.

Indeks dolar, yang meningkat dua peratus minggu ini dan hampir 17 peratus tahun ini, melonjak 0.2 peratus ke paras tertinggi baharu dalam 20 tahun pada 111.72.

Harga emas jatuh satu peratus, manakala niaga hadapan S&P 500 merosot 0.8 peratus dan niaga hadapan Eropah menjunam dua peratus.

Pound sterling mencecah paras terendah dalam tempoh 37 tahun, manakala dolar Australia, New Zealand, Kanada dan Singapura berada pada paras paling rendah dalam dua tahun.

Yuan China mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun, manakala yen Jepun berada hampir ke paras paling rendah dalam tempoh 24 tahun ketika pelabur menunggu mesyuarat Bank of Japan. -Reuters

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button