Hiburan

Akademi Raja Azrey cari peserta dari dua kawasan yang mahu dalami ilmu lakonan

Raja Azrey Raja Kamarulzaman, seorang pelakon lelaki yang pernah popular menerusi filem Blok 404 bersyukur walaupun kini tidaklah sepopular dengan rakan artis yang lain, rezekinya masih ada.

Ketika ditemui dalam satu sidang media, Raja Azrey memaklumkan dia bukan sahaja lebih aktif berkecimpung dalam industri teater malah turut memiliki kumpulan sendiri, Geliga Merah Opera (GMO).

Selain itu, Raja Azrey turut berkongsi yang dia kini aktif dalam penulisan skrip, membuka kelas lakonan serta pengarahan drama yang diterbitkan melalui platform Youtube Raja Azrey TV Channel.

“Semasa Covid-19 melanda, saya terfikir untuk keluarkan kemahiran saya seperti membuat suntingan drama dan ia sangat membantu untuk diri saya.

“Saya boleh hidup seperti biasa. Sedangkan rakan saya dalam industri yang sebelum ini menjalani gaya hidup mewah terpaksa berdepan risiko apabila banyak projek penggambaraan dihentikan,” luahnya.

Raja Azrey berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran Akademi Raja Azrey yang berpusat di Lembah Klang.

Peserta berpeluang untuk mengikuti kelas lakonan di bawah kelolaannya selama dua hari dengan mempelajari teknik lakonan, intonasi dialong, mengenal shot dan bacaan skrip.

Selain bakal menerima sijil, peserta Akademi Raja Azrey akan di bawa ke set penggambaran sebagai pendedahan lanjut untuk melihat bagaimana industri seni beroperasi.

“Saya lakukan usaha ini kerana ingin wujudkan pelapis baharu dalam industri dan orang ramai serta peserta harus faham bahawa Akademi Raja Azrey bukanlah talent agency.

“Saya tidak menghalang anak murid saya untuk ke hadapan. Cuma saya boleh berikan pendedahan dan nasihat kepada mereka yang mahu mencari ilmu,” katanya.

Bagi orang ramai yang ingin mempelajari ilmu lakonan menerusi Akademi Raja Azrey, kelas akan dibuka di Kuala Lumpur, Cheras serta Kedah dengan yuran penyertaan sebanyak RM350.

(Visited 907 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button