MahkamahNasional

Bung Moktar dan isteri, Zizie Izette diarah bela diri tuduhan rasuah Felcra

AHLI Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad diperintahkan membela diri atas pertuduhan rasuah dan subahat berkait pelaburan Felcra bernilai RM150 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu.

Bung, 64, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berdepan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai suapan mendapatkan kelulusan Felcra bagi pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau dituduh menerima rasuah dari Madhi melalui Zizie, di cawangan Public Bank Taman Melawati, di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.

Bung juga berdepan pertuduhan menerima rasuah RM337,500 dari Norhaili, atas nama Zizie bagi perkara sama dan di lokasi sama, pada 19 Jun 2015.

Zizie, 44, berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya bagi perkara sama dan di lokasi, tarikh dan masa yang sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button