Hiburan

Kos produksi Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya RM3 juta

INI bukan kerana rakan artis lain buat konsert, dia pun nak buat konsert juga sebaliknya Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang mendambakan dirinya dalam bidang nyanyian selama 36 tahun akhirnya berpeluang mengadakan Konsert Malai Solo Noraniza Idris pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober di panggung berprestij Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di Bilik Seri Nilam petang semalam dan turut dihadiri Pengarah Projek, Sham Amir Hussain.

SHAM AMIR HUSSAIN individu yang namanya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air juga terlibat dalam Konsert Malai Solo Noraniza Idris pada 21 Oktober hingga 23 Oktober ini.

Noraniza atau lebih mesra dengan sapaan Ani atau Kak Ani dalam kalangan wartawan hiburan berkata, Konsert Malai Solo itu adalah konsert pertama dan terakhir beliau yang kini berusia 54 tahun.

“Rasanya wartawan SUARA MERDEKA jika mengenali Ani tahu perjuangan memartabatkan Irama Malaysia dalam negara kita.

“Tentunya Ani mahu Konsert Malai Solo itu nanti menjadi satu rujukan kepada mereka yang mahu mengangkat Irama Malaysia ke tahap yang tinggi dan tidak mati begitu sahaja,” katanya dengan penuh semangat dan disulami nada sebak.

SOKONGAN suami, Haji Jeffri Hoodi memberi kekuatan dan semangat kepada Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris untuk menjayakan Konsert Malai Solo di Istana Budaya pada 21 Oktober hingga 23 Oktober.

Ya, Noraniza sebak pada sidang akhbarnya semalam kerana banyak faktor tetapi sebak beliau mungkin memikirkan perjuangan selama tiga dekad akhirnya membuahkan hasil dengan Konsert Malai Solo yang akan direalisasikan bersama 300 penari, 44 pemuzik termasuk 14 pemain alat muzik bertali yang pernah bersama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Tiga malam Konsert Malai Solo berdurasi 120 minit atau dua jam tanpa henti, dibahagikan kepada tiga segmen dan 60 pendikir barat dari Singapura dan Kelantan juga dipentaskan dalam konsert pimpinan Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS.

Dikir Barat dari Kelantan akan menyaksikan Roy dari kumpulan Kapella sebagai tukang karut bersama 30 pendikir yang pasti mengegaskan Panggung Sari, Istana Budaya nanti.

Kata Noraniza, beliau akan menyampaikan kurang lebih 24 buah lagu termasuk medley dan apabila pembentukan Noraniza Idris sebagai penyanyi tanah air, jika diumpamakan beliau ialah sebuah kereta, jenamanya bukan biasa-biasa tetapi BENTLEY.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Malai Solo Noraniza Idris boleh dibeli melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awalla Dondang RM1,599, VIP Dikir Puteri RM899, Intan Payung RM399 dan Hati Kama RM288.

Kejayaan dan kehebatan Konsert Malai Solo Noraniza Idris yang perlu dicetuskan kelainan terletak di tangan individu bernama Gbam atau pemilik nama sebenar, Ahmad Saifulizam yang juga merupakan Pengarah Konsert, akan memaparkan visual hologram. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button