Luar Negara
Kerajaan naikkan harga tiket lawat biawak komodo, pekerja bengang pendapatan kurang!
Pekerja sektor pelancongan di Indonesia melancarkan mogok berikutan kenaikan mendadak harga tiket untuk melihat komodo dan disebabkan itu, bilangan pelancongan berkurangan.
Kerajaan Indonesia pula mengambil inisiatif mengehadkan bilangan pelawat demi melindungi haiwan unik tersebut yang disifatkan semakin terancam daripada manusia.
Bagi pekerja tempatan yang berada di lapangan, realiti yang perlu mereka hadapi adalah jika tiada pelancong, pendapatan mereka secara tidak langsung akan berkurangan.
Biawak komodo merupakan spesis haiwan liar dan berbisa paling unik dan menurut sumber, terdapat sebanyak 3,300 komodo yang jarang ditemui berada di Indonesia.
Kata agensi berita Reuters, biawak komodo yang terbesar di dunia direkodkan mempunyai gigi yang tajam, gigitan berbisa dan boleh membesar sehingga tiga meter (10 kaki).
Haiwan yang unik seperti dinasour ini telah menarik banyak pelancong dari seluruh dunia dengan 220,000 orang sanggup berduyun-duyun ke Taman Negara Komodo pada 2019 untuk melihat spesies terancam itu.
Penjaga pusat pelancongan itu, Servianus Setiawan berkata, rancangan kerajaan mengancam industri ekonomi penduduk tempatan kerana rata-rata penduduk di situ menghasilkan ekonomi dari pelancong yang datang.
“Kami menyokong pemuliharaan komodo tetapi sila berikan pampasan yang sewajarnya supaya kami dapat melindungi naga komodo malah tempat ini merupakan sepenuhnya mata wang pencarian kami” katanya kepada agensi berita AFP.
Gabenor Indonesia, Viktor Laiskodat berkata, pihaknya sudah bersetuju mengenai kenaikan tambang, tetapi kenaikan tersebut akan meningkatkan harga 18 kali ganda, lapor AFP.
Langkah ini adalah yang terbaru demi mengehadkan bilangan pelawat ke pulau itu – dengan harapan dapat melindungi spesies tersebut yang semakin teracam.
Pada tahun 2019 pihak berkuasa pernah merancang untuk melarang pelancong datang ke taman tersebut tetapi racangan tersebut gagal kerana ada masalah dalaman.
Taman Negara Komodo berpusat di Wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia yang terdapat 500 pulau.
Ia adalah salah satu wilayah termiskin di kepulauan Indonesia, pelancongan untuk melihat Komodo penting demi ekonomi tempatan.