Nasional

PDRM Perak, UPSI terbit buku kesedaran kes jenayah komersial

PERKEMBANGAN teknologi urusan perniagaan jual beli atas talian yang berkembang dengan pesat ketika negara dilanda wabak Covid-19 dilihat turut membawa kesan negatif melibatkan jenayah siber yang semakin berleluasa.

Prihatin dengan masalah melibatkan jenayah komersial semakin meruncing, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerbitkan buku Kesedaran Kes Jenayah Komersial oleh PDRM Perak tulisan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathras Wahid.

Menurut Datuk Mior dalam ucapan paerasmiannya berkata berdasarkan statistik PDRM merekodkan sejumlah 71, 833 kes jenayah komersial disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang 2020 sehingga bulan Mei lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 48,850 iaitu 68 peratus jenayah komersial dicatatkan adalah jenayah dalam talian,” katanya.

Faridalathras menandatangani replika pelancaran buku Kesedaran Kes Komersial sambil diperhatikan Md Amin (dua dari kanan) di Ipoh semalam.

“Hal ini dipercayai kerana penggunaan internet yang lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atau kejadian ‘scam’ secara dalam talian meningkat,” jelasnya ketika majlis pelancaran awal buku berkenaan di Mes Pegawai Kanan, semalam.

Menurutnya lagi, menerusi statistik yang dicatatkan sebanyak RM68, 089, 924.60 kerugian telah direkodkan pada tahun 2021 berbanding RM52, 657, 851.50 kerugian tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kerugian yang dialami bukan saja memberi impak negatif ke atas ekonomi negara malah menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya,” tambahnya lagi.

Sementara itu Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata buku terbitan Pejabat Karang-Mengarang ( PKM) UPSI itu dijangka siap cetak sepenuhnya sekitar Oktober untuk menemui pembaca.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathras Wahid berucap ketika pelancaran buku Kesedaran Kes Jenayah Komersial.

“Buku ini bakal menyuntik kesedaran masyarakat akan kepentingan memahami modus operandi jenayah komersial yang menjerat masyarakat, “katanya.

Beliau berkata pelbagai permasalahan dan isu melibatkan topik jenayah dalam talian dibincangkan dalam buku ini seperti E-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud, Macau Scam, Pelaburan Tidak Wujud, Love Scam, Parcel Scam, dan Tipudaya Penyamaran menerusi talian telefon serta aplikasi Whatsapp.

“Selain menjadi wadah penerbitan berinformasi buat negeri Perak, buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada penguatkuasa menjalankan tugas dalam isu berkaitan,” jelasnya.

Katanya, isu kini yang melanda masyarakat melahirkan ilham terbitnya sebuah buku Kesedaran Kes Jenayah Komersial ini membuktikan bahawa kesedaran harus dibangkitkan dan didedahkan kepada masyarakat agar bahayanya jenayah komersial yang semakin hari semakin merenggut kebahagian masyarakat berikutan terdapat pelbagai kaedah atau cara penipuan dari jenayah komersial ini. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button