Ekonomi

FashionValet umum henti operasi, fokus kembangkan jenama dUCk dan LILIT

FASHIONVALET (FV) bakal menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi dalam persada fesyen tempatan.

Menurut satu notis makluman penghentian operasi FV telah dikongsikan pada laman web FV . Keputusan itu dilakukan atas sebab mahu memperkenalkan pengalaman beli-belah secara atas talian yang lebih ‘personalized’ dengan pelbagai ganjaran berbaloi buat para pelanggannya.

“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik mesti berakhir dan diganti dengan yang lebih baik.

“Dengan itu, kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda, satu pengalaman membeli-belah serba baharu, di mana anda akan mendapat inspirasi dan ganjaran yang semuanya diperibadikan khas buat anda,” petik laman FashionValet.

FV menyerlahkan bahawa mereka sedang mengalihkan hala tuju perniagaannya untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua jenama dalaman sendiri, dUCk dan LILIT.

Ia menyatakan bahawa semua pelanggan berdaftar di laman web FV boleh menggunakan akaun sedia ada mereka untuk mengakses dan membeli-belah di laman web dUCk dan LILIT.

Selain daripada platform laman e-commerce tersebut, pelanggan mempunyai pilihan untuk mengambil produk dibeli daripada kedua-dua jenama itu di mana-mana 9 kedai fizikal dUCK dan lima lokasi LILIT (pada 5-hari waktu berkerja sahaja) di sekitar Malaysia.

Dalam pada itu, FV turut mengumumkan struktur perniagaan jenama dUCk kini juga sudah berkembang menjadi ‘The dUCK Group’.

Untuk makluman, FV telah ditubuhkan berikutan kejayaannya memperoleh beberapa siri modal teroka iaitu Elixir Capital USA, Zozo Jepun dan Khazanah Nasional Bhd berjumlah AS$6.4 juta (kira-kira RM28.51 juta).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button