PENGASAS MK Land Tan Sri Mustapha Kamal Abu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 pagi tadi.
Pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN). Menurutnya anaknya, Felina, jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
“Buat masa ini jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya,” katanya menurut Astro Awani.