Auto TravelBerita Auto

Yamaha NMAX hadir dengan dua warna baharu

HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu iaitu Matt Green dan Matt Blue bagi skuter NMAX (2022).

Pilihan warna tersebut kini boleh didapati di pusat jualan Yamaha bermula hari pada harga pengenalan RM9,498 (tidak termasuk insurans).

Yamaha NMAX 2022 Matt Green

Bagaimanapun, ia tidak memberi perubahan kerana harga motor akan berbeza sebaik tiba di pusat jualan. Setiap pembelian skuter tersebut akan didatangkan bersama alat pengunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.

Yamaha NMAX dipacu trenkuasa silinder tunggal 155cc SOHC, VVA yang menawarkan kuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,000rpm. – SM

Yamaha NMAX 2022 Matt Blue

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button