Disebabkan bertindak seolah-olah menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran perlu membayar ikat jamin RM40,000 untuk bebaskan diri.
Dalam ketegangan umat Islam Malaysia marah akan perkara ini, dalam diam-diam sudah ada beberapa pihak memulakan sumbangan dan jumlah terkumpul kini mencecah RM3,000.
Berdasarkan sumber yang diperoleh, akan muncul beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan sokongan satu agensi akan tampil membantu membebaskan pasangan ini.