Hiburanpilihan

“Korang Semua Kena Tipu”, Noh Salleh Ulas Dakwaan Rumah Tangganya Bergolak!

Dalam sehari dua ini, kecoh dakwaan rumah tangga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bersama isterinya, Mizz Nina kononnya berantakan.

Namun setelah ditemui media, Noh Salleh tidak dapat mengulas lanjut kerana dia sendiri terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan.

“Entahlah, tiada komen. Korang (kamu) semua kena tipu,” luah Noh Salleh bagi meredakan ketegangan yang dialami oleh semua wartawan hiburan.

Jelas Noh, dia baru dimaklumkan pihak pengurusan berkenaan dakwaan terbabit selain tidak menyangka bagaimana berita palsu ini boleh tercetus.

Dakwaan timbul apabila Mizz Nina dikatakan bercuti luar negara di sebuah pulau tanpa suami di sisi dan Noh membalas mereka berdua sedang sibuk menguruskan anak angkat yang diberi nama Musa.

Apabila ditanya tentang anak angkat yang menjadi penyeri rumah tangga mereka, Noh berkongsi usia Musa kini sudah hampir 7 bulan.

“Apabila ada anak, sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar mengenai perkara itu. Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak untuk lakukan pemeriksaan.

“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada kini,” ulasnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan sangat aktif mengamalkan kerja-kerja kebajikan dalam membantu orang ramai.

Menurut maklumat, Noh Salleh dan Mizz Nina pernah cuba melakukan IVF beberapa kali namun tidak berjaya lalu mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button