Elak bertelagah, rapatkan saf perkukuh UMNO, BN
Wartawan Suara Merdeka
MUAR 12 Julai – Umat Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam kehidupan serta mencontohi sirah peristiwa pengorbanan yang dibuat Nabi Ibrahim, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd. Fuad Tukirin.
Menurutnya, umat Islam seharusnya mengelak daripada bertelagah sesama sendiri kerana tindakan itu boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara serta mengganggu pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan kerajaan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bakri menegaskan, perbalahan harus dielakkan densemgan setiap
masalah yang timbul sewajarnya ditangani secara berhemah.
Menurutnya, semua pihak sewajarnya membantu kerajaan yang ketika ini sedang giat berusaha memulihkan ekonomi negara serta menangani kadar inflasi yang membelenggu rakyat yang sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.
“Perbalahan sesama sendiri khususnya dalam UMNO hanya merugikan semua pihak malah boleh menyebabkan usaha kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam memulihkan keadaan ekonomi serta menangani inflasi terencat.
“Bukan masanya untuk kita bertelagah sesama sendiri kerana perkara tersebut akan memburukkan lagi keadaan terutama dalam persediaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Kita sepatutnya memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat
dalam usaha membantu mereka yang terkesan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ditemui sempena Program Korban Perdana DUN Bukit Naning di Ayer Hitam di sini hari ini.
Seramai 600 orang penduduk termasuk golongan asnaf dan fakir miskin DUN Bukit Naning menerima agihan daging korban.
Sebanyak lapan ekor lembu disembelih pada program berkenaan di mana lima ekor pada hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pertama di Parit Haji Zin dan tiga ekor lagi di Kampung Sri Medan.
Mohd. Fuad berkata, ahli parti khususnya di peringkat pemimpin, mereka harus melihat momentum terbaik kini memihak pada Barisan Nasinol (BN) berikutan kemenangan pada tujuh Pilihan Raya Kecil
(PRK) serta kemenangan selesa di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Sehubungan itu beliau berharap komitmen semua pihak amat penting bagi memastikan suasana politik kembali lebih kukuh dan stabil serta dapat menguatkan parti bagi menghadapi PRU-15 nanti.