Jenayah

Suami dan isteri ditemui mati, mungkin dibunuh oleh ahli keluarga

IPOH: Seorang lelaki dan isterinya ditemui mati dipercayai dibunuh ahli keluarga, di rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini hari ini.

Berdasarkan laporan di tempat kejadian, identiti mangsa dan suspek masih belum dapat dipastikan kerana sepasukan polis forensik masih mengumpul bukti dan mengambil keterangan daripada ahli keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Anuar Othman turut ditemui di tempat kejadian dan dijangka akan mengadakan sidang media tidak lama lagi.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button