Nasional

Waspada dengan penipuan pakej haji yang menggunakan Visa Furada

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum berurusan dengan mana-mana pihak yang menawarkan visa ‘furada’ untuk pakej haji 1443H/2022M.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, jemaah haji Malaysia yang mendapat visa furada (visa haji yang diperoleh dengan berurusan terus dengan Kedutaan Arab Saudi) dinasihati untuk menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang mempunyai lesen dengan TH.

Tabung Haji telah melantik 22 syarikat berperanan sebagai PJH berlesen untuk mengurus segala perjalanan haji para jemaah.

Individu atau agensi yang menawarkan pakej Haji 1443H/2022M tanpa mempunyai lesen yang sah, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button