Chris Rock ‘makan’ pelempang Will Smith
PERCUMA atau dalam Bahasa Indonesia, gratis pelawak Chris Rock dilempang aktor Will Smith. Tindakan Rock mendapat pelempang atau ditampar oleh Smith sempat dirakam tetapi rakaman itu tidak disiarkan di kaca televisyen.
Rock ketika mengacarakan satu majlis penganuerahan sememangnya membakar Smith yang mana, nama Jada Pinket, isteri Smith turu dicalonkan.
Kata Rock yang memang minta dilempang berkata, isteri Smith ada tugas yang berat dan perlu beri laluan kepada Smith menang anugerah yang dicalonkan.
Akan tetapi, itu bukanlah pencetus tindakan Smith menghadiahkan pelempang kerasnya ke muka Rock yang ternyata, terkedu dan malu.
Ini kerana ramai rakan-rakan selebriti Hollywood yang menyaksikan insiden tersebut termasuk Penelope Cruz.
Dicalonkan sebagai Aktor Terbaik, Smith naik darah apabila Rock berulang kali menyebut nama isteri Smith dalam nada mempersendakan.
Ini kerana apabila nama Jada dimomok-momokkan oleh Rock, ia bukan lagi melucukan.
Akibatnya, memang makan pelempanglah Rock dan selepas memberi tamparan, Smith berulang kali memberi amaran kepada Rock agar jangan membabitkan nama isterinya dalam lawak jenakanya.
Rock menjawab, memang dia baru saja nak berhenti menyebut nama isteri Smith tetapi ternyata, tamparan dari Smith lagi laju hinggap ke muka Rock.
“Will Smith baru saja menampar saya,” kata Rock dalam ekspresi terkejut kerana tidak menyangka, apabila Smith meninggalkan tempat duduknya dan berjalan ke atas pentas, dia menghadiahkan pelempang ke muka Rock.
“Ini satu sejarah terhebat dunia televisyen,” kata Rock yang cuba menutup aibnya.
Dalam merasakan diri sebagai ‘stand up comedian’, janganlah bertindak berlebih-lebihkan kerana lawak itu adakalanya langsung tidak lucu.
Jadikanlah satu iktibar kepada para pelawak di Malaysia apa yang berlaku di antara Chris Rock dan Will Smith.
Mulut perlu dikawal jangan main hentam sembrono apatah lagi menjadikan figura atau individu sebagai bahan lawak.
Setakat ini, di Malaysia belum terjadi insiden seperti ini tetapi tidak mustahil jika ia berlaku. – SM