Politik

“Saya juga ada hati dan perasaan” – Zahid Hamidi

Susulan nama bapa dipermainkan

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui, beliau terguris kata-kata sembrono yang dilemparkan keatas beliau serta perbuatan mempermainkan nama bapanya.

GAMBAR FACEBOOK DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI.

Zahid dalam hantaran curhat (curahan hati) di Facebooknya berkata, sebagai insan biasa, tentunya beliau seperti semua orang, mempunyai hti dan perasaan yang mampu untuk terguris dan kecewa.

Beliau berkata, ramai yang bertanya apakah beliau tidak marah dengan kata-kata yang dilemparkan secara sembrono oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah politiknya, baru-baru ini.

“Sebagai anak pastinya saya berasa sedih apabila nama bapa dipermainkan dan dihina sebegitu rupa oleh bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu di khalayak ramai,” kata Zahid dalam catatan di Facebooknya.

Kata Zahid lagi, “saya juga seperti anda semua, anak kepada seorang ayah. Allahyarham Haji Raden Hamidi Bin Haji Raden Abdul Fateh bapa yang sangat saya kasihi dan sayangi.

“Ayuh rakyat Malaysia, janganlah kita seperti itu hanya kerana berbeza pendirian politik sehingga putus nilai kemanusiaan dan kesopanan sesama kita.”

Zahid turut menyifatkan, perbuatan menghina nama bapanya untuk ditertawakan oleh penyokong PN adalah politik yang tidak matang dan tidak sejahtera.

Beliau mempersoalkan, apakah itu nilai politik yang mahu diwariskan kepada pengundi muda dan generasi masa hadapan negara?

“Hal ini tidak boleh disamakan dengan pendedahan saya tentang nama sebenar seorang pemimpin politik berdasarkan rekod JPN beberapa tahun lalu.

“Saya seterusnya menyatakan dari lubuk hati yang paling dalam, saya sebenarnya berasa simpati terhadap Tan Sri Muhhiddin kerana karakternya yang sedang amat tertekan, terdesak dan keresahan untuk berdepan PRN Johor sehingga meroyan dan meranyah sebegitu buruk,” ujar Zahid.

Beliau berkata, setiap insan memiliki hati, sama-samalah berdoa agar Muhyiddin senitasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah.

“Jika benar saya marah beliau tidak mahu melepaskan kes mahkamah, pasti sudah lama Malaysia berdepan PRU15,” kata Zahid sambil menambah, ini bukanlah ugutan tekan butang!

Zahid sebaliknya mengatakan, malahan beliau cekal menghadapi pendakwaan terpilih yang dikenakan oleh kerajaan PH terhadapnya atas prinsip berani kerana benar.

Kata Zahid lagi, tidak sesekali beliau sanggup menggadaikan UMNO, apatah melompat parti mahupun berselingkuh dengan musuh untuk mengelak daripada didakwa.

“Jika mahu terlepas daripada pendakwaan terpilih, barangkali harus saja saya mengabaikan mandat akar umbi UMNO menolak kerjasama PPBM.

“Tetapi haruskah saya melanggar amanah itu,” soal Zahid dalam catatannya lagi.

Ujar beliau, seseorang yang yakin dirinya tidak bersalah, satu-satunya yang diharapkan cumalah perbicaraan yang adil dan saksama.

“Sebenarnya kita harus berasa sangsi dengan dakwaan yang dibuat oleh seseorang yang telah terbukti mampu untuk berbohong dan memutarbelitkan apa sahaja demi kuasa.

“Sehingga sanggup memutarbelit titah Yang di-Pertuan Agong tentang Ordinan Darurat untuk berbohong kepada Parlimen malah tergamak menipu nama sebenar.

“Sanggup merancang ‘scheme of things’ yang melanggar undang-undang dan prinsip demokrasi bagi membeli sokongan wakil rakyat supaya bertambah berkuasa,” selar Zahid.

Beliau seterusnya berkata, “sanggup menawarkan sogokan secara terbuka di kaca TV kepada Ahli Parlimen supaya menyokongnya kekal sebagai perdana menteri.

“Saksikan sekutu politiknya sendiri semasa PRU14 yang kemudian menjadi seteru selepas berpecah, turut berdepan pendakwaan semasa beliau memegang kuasa perdana menteri.

“Tetapi percayalah sikap ‘angkat bakul’ Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin dan kutukannya terhadap saya serta nama bapa saya bukan nilai sebenar Bangsa Johor,” kata Zahid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button