NegeriSukanUncategorized

85 atlet Perlis terima insentif kemenangan RM232,500

Kerajaan Perlis menyerahkan pemberian insentif kemenangan berjumlah RM232,500 kepada 85 atlet yang berjaya mengharumkan negeri ini dalam empat kejohanan sukan di dalam dan luar negara pada tahun ini.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, sebanyak RM144,000 diberikan kepada atlet, jurulatih dan penyelaras Kontinjen Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) lalu.

“Kontinjen Perlis berjaya membawa pulang 23 pingat iaitu enam emas, tujuh perak dan 10 gangsa yang melibatkan 32 atlet menerusi sembilan jenis sukan,” katanya semasa berucap dalam penyampaian
insentif ini di Dewan Bankuet, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Persiaran Wawasan di sini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr Faizal Kamarudin dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis, Anuar Abidin.

Muhammad Azmir berkata, insentif untuk atlet dan jurulatih Para SUKMA XX pula berjumlah RM80,500.

“Kontinjen ini membawa pulang 15 pingat iaitu lapan emas, lima perak dan dua gangsa yang melibatkan 15 atlet menerusi tiga jenis sukan,” katanya.

Sementara itu, katanya, atlet lompat jauh T20 (olahraga) Datuk Latif Romly menerima RM3,000 atas kejayaan pingat emas pada Kejohanan Sukan Para ASEAN Ke-11 Solo 2022.

Manakala Syqfiqa Haidar Abdul Rahman pula katanya, diberikan RM5,000 atas kemenangan pingat perak bagi acara boling padang (triples wanita) pada Sukan Komanwell Ke-22 Birmingham 2022.

Bercakap kepada media, Muhammad Azmir berkata, pihaknya menyasarkan 20 pingat emas menerusi lapan jenis sukan di SUKMA Ke-21 pada tahun 2026. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button