Luar Negara

5 maut, puluhan cedera kemalangan kereta api di India

 

SEKURANG-KURANGNYA lima maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di negeri Bengal Barat, India.

Sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.

Pegawai kanan kerajaan berada di lokasi nahas untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat berkata, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee juga berada di lokasi kejadian.

Kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam, menurut media tempatan.

Sementara itu, seorang mangsa nahas yang terselamat berkata, kami merasa kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan ke bawah.

Visual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah.

“Memantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas,” kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw dalam ciapan Twitternya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button