Nasional

7 kakitangan JPJ Johor direman tujuh hari

TUJUH petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor yang terlibat penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor dengan nilai mencecah RM3.1 juta., direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Februari ini.

Ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan tersebut.

Memetik laporan BH Online perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmadiana Mamat.

Semua suspek yang berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan tujuh petugas JPJ Johor bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan LKM yang dipercayai hasil perbuatan salah guna kuasa oleh kakitangan berkenaan dengan menceroboh sistem JPJ.

Kesemua kakitangan berkenaan dilaporkan ditahan antara jam 11 pagi hingga jam 1 tengah hari semalam, dan dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya, Johor Bahru.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button