Nasional

61 tahun usia persaraan kakitangan bank komersial

KAKITANGAN bank komersial kini boleh bersara apabila mencapai usia 61 tahun, setahun lebih tua daripada kebanyakan pekerja lain di negara ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J Solomon berkata, usia persaraan wajib yang baharu itu dimasukkan dalam perjanjian kolektif baharu yang ditandatangani dengan Persatuan Bank Komersial Malaysia.

“Kakitangan akan dianggap sepenuh masa dan bukan kontrak untuk tahun tambahan itu, yang bermakna mereka akan menerima semua faedah sedia ada,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, bank-bank bersetuju dengan permintaan kesatuan itu untuk melanjutkan usia persaraan bagi membantu meningkatkan simpanan persaraan pekerja golongan B40 (pendapatan rendah) dan M40 (pendapatan sederhana).

“Kesatuan meminta agar usia persaraan dilanjutkan hingga 65 tahun tetapi Persatuan Bank Komersial Malaysia bimbang mengenai tahap kesihatan pekerja-pekerja ini,” katanya.

Solomon berkata, lanjutan itu juga tertakluk kepada kesihatan pekerja dan akan bersifat sukarela.

Pekerja lazimnya dikehendaki bersara selepas genap usia 60 tahun, dengan mereka yang dikekalkan selepas itu biasanya diberikan kontrak.

Perjanjian kolektif baharu memberikan kenaikan gaji sebanyak 15% hingga 18%, elaun sebulan gaji untuk perayaan dan pengecualian yang lebih tinggi bagi pinjaman perumahan. – SM

BACA Bank Negara naikkan OPR kepada 3.0 peratus

BACA SME Bank hulur bantuan kewangan kepada pelanggan terjejas banjir

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button