NasionalNegeriPolitik

60 tahun Pas tunggu hendak takluk Perlis

HASRAT Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin ingin melihat parti ini memerintah di Perlis akhirnya tercapai selepas 60 tahun.

“Sejak 1960 lagi ketika saya bersama parti ini, itulah impian saya dan setiap Pilihan Raya Umum (PRU) kami tetap berkerja kuat sekalipun tak pernah menang,” kata Hashim, 83, ketika ditemui wartawan SUARA MERDEKA di kediamannya.

Hashim Jasin

Malah katanya, ketika beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang pula majoritinya sangat kecil iaitu antara 53 hingga 55 undi sahaja.

“Dulu kita kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur, habis tenaga kita kerah,” katanya.

Bagaimanapun katannya, kali ini majoriti mencapai 4,000 undi yang dia sendiri hairan dari mana datangnya sebanyak itu.

Hashim berkata, kalau dulu jauh sekalilah Pas hendak merasa menang di Chuping atau Kuala Perlis.

Bagaimanapun katanya, pada PRU15 ini, Perikatan Nasional (PN) hanya kalah satu kerusi di DUN Indera Kayangan pada PRU15 di mana sembilan adalah kerusi Pas.

Beliau menyifat kejayaan di luar jangkaan ini adalah pertolongan Allah.

Mohd Shukri Ramli

“Di saat sebuah parti diselubungi dengan kes rasuah, rakyat melihat PN menjadi jalan keluar kerana selama ini mengamalkan kepimpinan bersih dan amanah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir di rumah Hashim bagi meminta restu ekoran esok akan diadakan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang akan disandang oleh calon Pas.

Pesuruhjaya Pas kini masih enggan memaklumkan nama yang akan memegang jawatan ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button