NasionalRibut

6 negeri, Putrajaya diramal ribut petir, hujan lebat, angin kencang

BEBERAPA kawasan di enam negeri dan Putrajaya diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengahari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam pemakluman di Facebook memaklumkan, negeri terbabit adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Selangor kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, sementara di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Cuaca buruk juga dijangka melanda seluruh Melaka, Tangkak dan Muar di Johor manakala di Sarawak membabitkan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah serta Tawau di Sabah,” menurut MetMalaysia di Facebook.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

BACA Projek RTB terbengkalai punca Sungai Rambai terus dilanda banjir

BACA Kerajaan percepatkan projek tebatan banjir

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button