Nasional

6 dikompuan kerana makan di premis makanan

Enam individu, termasuk pemilik premis makanan di tingkat enam sebuah kompleks perniagaan terkenal di ibu negara dikenakan kompaun RM20,000 hari ini kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata dalam pemeriksaan jam 12.45 tengah hari itu kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis.

Beliau berkata, lima pelanggan pula dikenakan kompaun RM2,000 setiap orang.

“Pemeriksaan polis mendapati, pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan sekali gus melanggar SOP PKP iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’.

“Polis akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa, selain akan mengambil tindakan tegas ke atas orang ramai gagal mematuhi SOP PKP.

“Ia bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 16 PU (A) 243/2021 PKP. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button