BeritaPendidikan

473 graduan KUIPs hadir konvokesyen

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kali Ke-4, Tahun 2021 menyaksikan seramai 473 orang graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing. Daripada jumlah ini seramai 167 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 306 orang graduan lagi di peringkat Diploma.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Canselor kolej universiti tersebut berkenan berangkat menyempurnakan istiadat yang diadakan di Auditorium KUIPs Kampus Kuala Perlis pada pagi ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof Emeritus Ir Ts Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Rektor, Prof. Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman.

Turut hadir ialah Pengerusi KUIPs Sdn Bhd, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam titah baginda mengucapkan tahniah kepada warga kerja KUIPs yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang mana kejayaan pelajar yang dihasilkan ini merupakan testimoni terbaik terhadap komitmen semua. Baginda berharap budaya pengajaran yang berkualiti tinggi di samping budaya inovasi dan kreativiti di KUIPs akan sentiasa dapat diteruskan.

Kepada para mahasiswa pula, baginda mengingatkan bahawa setelah tamat pengajian, tiada jaminan untuk terus mendapatkan kerja. Transformasi minda perlu ada daripada menjadi ‘job-seeker’ kepada ‘job-creator’. Ini selari dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) yang menginginkan mahasiswa bersifat holistik, berdaya saing dan berciri keusahawanan.

Senarai para penerima anugerah pelajar cemerlang pada konvokesyen kali ini adalah:-

1. Martabat Al-Syaraf Al-Ulu
– Nurin Wahidah Mazrizal
– Ijazah Sarjana Muda Perbankan & Kewangan Islam(Kepujian)(Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan).

2. Anugerah Imtiyaz Khas (Tahun 2020)
– Najwa Hanum Mahadzir
– ljazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian (Fakulti Pengajian Islam).

3. Anugerah Imtlyaz Khas (Tahun 2021)
– Nur Farah Ardini Low
– Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan(Kepujian)(Keusahawanan)(Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button